Pages

 
 
Wednesday, June 22, 2011

Permulaan.



 
سم الله الرحمن الرحيم


Salam. Betapa susahnya saya kumpulkan kekuatan untuk membuat blog baru ini. Allah SWT sahaja yang tahu. Untuk membuat blog baru sebegitu sahaja memang mudah, tetapi untuk berganjak dari kenangan dan memori yang dahulu melalui blog sebelum ini (bermula dari 2007 hinggalah sekarang) agak sukar kerana pelbagai benda telah saya tuliskan, termasuklah luahan rasa hati, catatan dan sebagainya. 

Tapi saya melihat keperluan untuk bermula sekali lagi sebagai langkah kematangan. Untuk menjadi orang yang lebih berhati - hati dalam berkongsi pendapat mahupun pengalaman, kerana kadangkala setiap perkataan yang kita tuturkan itu akan menggambarkan imej kita sendiri, dan orang akan mengingati kita melalui idea atau mesej yang hendak disampaikan. Mengenai blog baru ini, saya akan cuba isikan dengan pengalaman, pemikiran mahupun pendapat yang saya harapkan dapat membuatkan para pembaca untuk berhenti sejenak dan renungkan. Semoga Allah SWT mempermudahkan misi saya, amiin.

Insya-Allah saya akan cuba konsisten dalam menghasilkan penulisan yang baik. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels